Perayaan Kehidupan

Dah bertahun aku buat iklan festive di Malaysia, saya benar-benar dapat melihat:

Tak kira Raya ke, Krismas ke, CNY ke, Deepavali ke, Kaamatan ke, melayu ke, cina ke, india ke, orang Borneo ke

Kita semua semangat gila nak balik ke kampung, kita semua kena ucap manis manis,

Kita semua risau kena tembak soalan panas dari makcik-pakcik, semua nak makan sedap-sedap tapi takut lepas tu tubuh melebar,

Semua cuba rapatkan jurang antara generasi, cuba cari titik manis antara tradisi kita dengan dunia moden,

Semua nak pakai baju baru, nak snap gambar cantik-cantik,

Dan, malangnya, semua masih harapkan orang perempuan je yang sibuk masak-masak…

Malah banyak adat kita adalah saling salin tampal saja. Orang Melayu sekarang pun dah bagi ang pow, orang India pun dah main mercun, kita semua ziarah-menziarah tak kira bangsa dengan agama.

Kita ni sama je, manusia biasa. Semua ada baik buruk masing-masing.

Tapi pada masa yang sama, kita semua mencari keamanan dan kegembiraan, semua berusaha sebaik mungkin untuk memberi dan menerima kasih sayang, semua mencari alasan untuk meraikan kehidupan dalam dunia yang tak sempurna ini.

Selamat Hari Raya. Di musim ceria ni, mari kita singkirkan segala prasangka dan bersama-sama menyambut keindahan pelbagai warna kehidupan manusia dengan hati terbuka.